Followers

Monday, May 10, 2010

Ku Pinjam Barisan Puisi Mu


( Kredit to Mr. Kelompen - puisi ini dari En. Man Kelompen, FB Kome Orang Sanggang )

segaris kerut di dahi
adalah raut lampau pengalaman
bergelut perit bermandi peluh
meniti hidup yang jauh..
urat urat kasar di lengan
adalah jenuh sengsara akal fikir
rentetan payah yang bersambung
mengheret jerih sebyah perjalanan..
tangan tangan inilah yang memapah
mengajarku bertatih sebelum berlari
mengajarku duduk ...sebelum berlunjur
ayatnya mudah, bahasanya bermadah
tegurnya mengingatkan leka
tuturnya setenang rasa..
dialah wanita pertama hampir
erat memeluk tatkala aku rebah
mengesat airnata ketika duka hadir
keluhan dalam mu menyimpan resah
menakung derita meniti usia..
bonda,
cintamu terlalu agung
sayangmu tanpa penghujung
tiada mampu kubalas jasa
biarpun kusimpan hajat
sepanjang hayat..

kelompen 1332@pahangfm
..salam seme rodong, sempena ari ibu, kenangan mok kite hak yg dah pegi al fatehah, hak yg ande lagi , gembirakanlah hati dia, mok kita...koi sebok ngat.

2 comments:

  1. Salam ziarah anda..moga di rahmati selalu dengan kesihatan yang sihat sepanjang masa..

    ReplyDelete